Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Jumpers 2010

Pada 13hb - 15hb Julai 2010 baru-baru ini Fakulti Rekabentuk Senibina UPM dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Fakulti telah menganjurkan satu program orientasi bagi pelajar-pelajar baharu yg baru mendaftar bagi sesi 2010/2011, iaitu Keep Juping 2010
Tujuan program ini diadakan pada setiap tahun adalah untuk merapatkan hubungan antara pelajar-pelajar baharu dengan kakitangan serta staff Fakulti disamping untuk membiasakan diri pelajar dengan suasana gaya hidup pelajar Fakulti Rekabentuk & Senibina.

Program Keep Jumping 2010 ini disertai oleh kakitangan, staff dan pensyarah dan dibantu oleh pelajar-pelajar senior FRSB.






Carta Jawatankuasa Induk Pelaksana & Penggerak PMF



Kejohanan FUTSAL Piala Dekan 2010

Persatuan Mahasiswa FRSB sedang menganjurkan satu aktiviti, iaitu FUTSAL Piala Dekan 2010.
Aktiviti ini dijalankan selaras dengan matlamat PMFRSB iaitu ingin merapatkan hubungan diantara pelajar - pelajar dan juga staf. Ia melibatkan ketiga-tiga jabatan di FRSB iaitu Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Senibina dan Jabatan Rekabentuk Perindustrian. Kejohanan ini bermula dari 4,5 & 6.Mac 2010. ( Khamis, Jumaat & Ahad ), bermula dari jam 5 petang - 11 malam.

1 pasukan dianggotai oleh 9 orang dan yuran sebanyak RM36 dikenakan utk satu pasukan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi saudara Abul Faiz Hanis b. Dollah Mahfut ( BLA 2 )
0134743489

Objektif Utama PMF

Persatuan Mahasiswa Fakulti atau PMF ditubuhkan di setiap fakulti khususnya Fakulti Rekabentuk & Senibina adalah untuk bertindak sebagai platfom bagi memudahkan penganjuran aktiviti oleh para pelajar.
Selain daripada itu, PMF juga berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan pelajar - pelajar yg berkualiti sekali gus memartabatkan nama fakulti khususnya FRSB. Bukan itu sahaja, penubuhan PMF sedikit sebanyak dapat mengukuhkan hubungan antara mahasiswa dan juga alumni fakulti malalui aktiviti-aktiviti yg dianjurkan.

Dengan wujudnya PMF, ia secara tidak langsung memudahkan untuk mendapatkan penglibatan dan kerjsama dari sektor -sektor awam dan juga swasta untuk turut sama dalam sebarang aktiviti yg dianjurkan.

Persatuan Mahasiswa Fakulti

Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk & Senibina ( PMFRSB ) telah pun diaktifkan semula baru-baru ini dan majlis pelancaran persatuan ini diadakan pada 12 September 2009 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1430H.

Antara objektif pengaktifan persatuan ini adalah :

1. untuk membantu pelajar mempelajari teknik pengurusan, komunikasi serta untuk mewujudkan semangat bepersatuan dikalangan mahasiswa fakulti

2. Sebagai medium perantaraan terbaik untuk menyelaraskan aktiviti ketiga-tiga jabatan iaitu Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Rekabentuk Perindustrian dan Jabatan Senibina.

Majlis perlancaran PMFRSB dirasmikan oleh Dekan Fakulti Rekabentuk & Senibina iaitu Prof. Madya Dr Osman Mohd Tahir bertempat di Foyer Fakulti. Majlis perlancaran ini diadakan bersekali dengan aktiviti sulung PMF iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama warga fakulti. Lebih dari 300 warga fakulti terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, hadir untuk memeriahkan aktiviti ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung, antaranya adalah Solat Terawih berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Dr. Aminurrashid bin Wan Abdul Hamid dari Pusat Islam UPM, nyanyian nasyid daripada pelajar - pelajar fakulti. Aktiviti yang dijalankan bertepatan dengan keberkatan Bulan Ramadhan disamping dapat mengeratkan hubungan antara warga fakulti.