Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Objektif Utama PMF

Persatuan Mahasiswa Fakulti atau PMF ditubuhkan di setiap fakulti khususnya Fakulti Rekabentuk & Senibina adalah untuk bertindak sebagai platfom bagi memudahkan penganjuran aktiviti oleh para pelajar.
Selain daripada itu, PMF juga berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan pelajar - pelajar yg berkualiti sekali gus memartabatkan nama fakulti khususnya FRSB. Bukan itu sahaja, penubuhan PMF sedikit sebanyak dapat mengukuhkan hubungan antara mahasiswa dan juga alumni fakulti malalui aktiviti-aktiviti yg dianjurkan.

Dengan wujudnya PMF, ia secara tidak langsung memudahkan untuk mendapatkan penglibatan dan kerjsama dari sektor -sektor awam dan juga swasta untuk turut sama dalam sebarang aktiviti yg dianjurkan.

Persatuan Mahasiswa Fakulti

Persatuan Mahasiswa Fakulti Rekabentuk & Senibina ( PMFRSB ) telah pun diaktifkan semula baru-baru ini dan majlis pelancaran persatuan ini diadakan pada 12 September 2009 bersamaan dengan 20 Ramadhan 1430H.

Antara objektif pengaktifan persatuan ini adalah :

1. untuk membantu pelajar mempelajari teknik pengurusan, komunikasi serta untuk mewujudkan semangat bepersatuan dikalangan mahasiswa fakulti

2. Sebagai medium perantaraan terbaik untuk menyelaraskan aktiviti ketiga-tiga jabatan iaitu Jabatan Senibina Landskap, Jabatan Rekabentuk Perindustrian dan Jabatan Senibina.

Majlis perlancaran PMFRSB dirasmikan oleh Dekan Fakulti Rekabentuk & Senibina iaitu Prof. Madya Dr Osman Mohd Tahir bertempat di Foyer Fakulti. Majlis perlancaran ini diadakan bersekali dengan aktiviti sulung PMF iaitu Majlis Berbuka Puasa bersama warga fakulti. Lebih dari 300 warga fakulti terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, hadir untuk memeriahkan aktiviti ini.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang majlis ini berlangsung, antaranya adalah Solat Terawih berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Dr. Aminurrashid bin Wan Abdul Hamid dari Pusat Islam UPM, nyanyian nasyid daripada pelajar - pelajar fakulti. Aktiviti yang dijalankan bertepatan dengan keberkatan Bulan Ramadhan disamping dapat mengeratkan hubungan antara warga fakulti.