Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Kem Pemantapan Organisasi

Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera.....

Pada minggu lalu bertarikh 1 hingga 3 september 2012 bertempat di Laman Nur Bestari , Ulu Yam..
kami telah menghadiri satu kursus yang dipanggil Kem Pemantapan Organisasi...

Oleh demikian, disini kami ingin kongsikan apa yang kami alami...

selamat berhibur... ;-)

tempat kami menginap


borang dan buku catatan


sesi taklimat dan suai kenal.

peserta yang besemangat

latihan dalam kumpulan



ini merupakan logo kumpulan mereka



perbincangan tugasan


sesi ceramah oleh Pn. Kamariah




huhuhu...dibawah adalah satu aktiviti dimana mereka kena lepaskan diri dari ikatan tali di tangan mereka.




Di bawah ini adalah serangan maut dengan menutup mata..hahaha




maka... sampai sini saja yang kami dapat kongsikan...
Peace.........
terima kasih diucapkan kepada EN. SAIFUL yang mengendalikan kursus ini.

Program Khidmat Masyarakat Kem Bina Insan








Program Khidmat Masyarakat Kem Bina Insan dengan slogan 'mencurah bakti, menyemai integriti' telah berlangsung pada 8-11 april 2012 baru-baru ini bertempat di Pusat Jagaan OKU Manjung, Perak. Teluk Segados Adventure Camp. Pangkor. Program ini merupakan program kerjasama Rakan Integriti Mahasiswa dengan Fakulti Reka Bentuk Dan Seni Bina yang diketuai oleh saudari Nur Afikah bt. Idrus.



Menurut beliau : program ini membuka peluang mahasiswa menyumbang bakti kepada masyarakat contohnya membuat mural dan bergotong royong di rumah OKU. Selain itu, aktiviti masa lapang ini lebih ceria dengan aktiviti rekreasi seperti berkayak dan jungle treaking. Katanya lagi yang penting program rakaian bersama ini, memberi peluang kepada mahasiswa FRSB untuk mengenali dunia luar dan berjumpa dengan rakan-rakan mahasiswa dari Fakulti lain.


Berikut adalah paparan aktiviti mereka.




Kelihatan dinding asal yang begitu kosong.
Berikut adalah hasil daripada peserta rombongan.

Diharapkan program sebegini diteruskan pada masa akan datang dan lebih banyak penyertaan.

sekian daripada : Exco PMF


Resolusi bantu peminjam PTPTN

KHAIRY (kanan) menerima resolusi daripada wakil mahasiswa, Wan Ahmad Hazman Wan Daud (kiri) sambil disaksikan Shahrin pada majlis penutup Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.

“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.

“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.


Sumber dari : KOSMO online