Featured Products

Vestibulum urna ipsum

product

Price: $180

Detail | Add to cart

Aliquam sollicitudin

product

Price: $240

Detail | Add to cart

Pellentesque habitant

product

Price: $120

Detail | Add to cart

Salam Maal Hijrah Buat Semua Yang Beragama Islam

Sedar tak sedar, kita akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah pada esok hari. Cepat sangat masa berlalu kan? Rasa macam baru jer baca doa untuk awal tahun dan akhir tahun.. Tapi pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru lagi.. Apa-apa pun, jangan lupa untuk baca Doa Akhir Tahun 1432H pada esok petang (26/11/2011) dan Doa Awal Tahun 1433H selepas maghrib..

Kami dari persatuan mahasiswa fakulti ingin mengucapkan selamat menyambut maal hijrah 1433 dengan tema tahun ini "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah"

Berikut adalah "Soal jawab antara Raja Syurga dan Raja Neraka iaitu Iblis"...Moga ia jadi panduan untuk kita semua....

Soal Nabi yang ke4: "Hai Iblis! Apa pula yang terlebih dahulu engkau menipu segala manusia?"

Maka sembah Iblis: "Pertama, hamba palingkan imannya supaya berpaling pada iktikadnya kepada kafir sama ada perkataan atau perbuatannya, kelakuannya atau hatinya. Maka jika tiada berpaling juga dengan secara begitu, maka hamba tarik pula kepala jalan yang mengurangkan pahalanya supaya lama kelamaan mereka akan terjerumus juga mengikut kemahuan hamba".

Nauzubillah....Mintak2 lah kita dijauhi dari perkara2 yang mengikut kemahuan Iblis...Sentiasa lah bersihkan hati kita dengan perkara2 yang baik dan beramal lah ke jalan yang diredhai oleh Allah....Amin...

Moga tuhan mengampuni dosa-dosa kita yang lalu.....Amin ya rabbal alamin....

Pelajar IPT Boleh Berpolitik ( Ape Reaksi Anda )


Pelajar Universiti
kini bebas
berpolitik
setelah AUKU dipinda.











AUKU dipinda benarkan penuntut 21 tahun aktif

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak semalam mengotakan janjinya untuk lebih terbuka memberi kebebasan kepada rakyat dengan mengumumkan hasrat kerajaan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan membenarkan penuntut mencapai usia 21 tahun menyertai parti politik.

Namun, bagi menjaga kepentingan peranan universiti sebagai institusi pendidikan, politik kepartian dilarang dibawa ke dalam kampus.

Perdana Menteri berkata, langkah berkenaan sebagai menghormati hak Perlembagaan mahasiswa negara yang kebanyakannya sudah mencapai umur baligh undang-undang atau 'age of majority'.

“Kerajaan akan membenarkan mereka menjadi ahli politik, tetapi bertegas tidak akan sekali-kali membenarkan politik kepartian dibawa ke dalam mana-mana kampus,” katanya ketika membentangkan usul pembatalan Proklamasi Darurat, di Parlimen semalam.

Beliau juga berkata, kerajaan percaya terhadap kematangan dan kebijaksanaan mahasiswa dan mahasiswi di negara ini.

“Ia sejajar dengan semangat pembaharuan undang-undang negara supaya selaras kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan memastikan negara sentiasa ke hadapan, mengimbangi antara keselamatan kebangsaan dan kebebasan individu,” katanya.

Susulan Dari peristiwa tersebut,

Najib juga menjelaskan kerajaan pada prinsipnya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang negara,” katanya.

Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Seksyen 15 (5) (a) AUKU yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.


Sumber dari : Kosmo & Berita Harian


Baucer Bernilai RM200 seorang

Pemberian baucer buku bernilai RM 200 :

Pembahagian baucer ke setiap IPT akan dimulakan pada bulan Januari 2012 sebaik sahaja bajet diluluskan. Nilai ini adalah dalam bentuk baucer dan tidak akan ditukarkan kepada tunai. Baucer buku akan diberikan kepada pelajar yang masih belajar dalam tempoh bulan Januari 2012 - Mac 2012 berdasarkan senarai nama pelajar yang akan dihantar oleh pihak universiti. Tempoh sah laku baucer ini adalah selama 3 bulan sahaja (Jan-Mac 2012) dan hanya boleh dibeli di kedai buku yang telah dicadangkan atau ditetapkan oleh pihak universiti masing-masing.

(Maklum balas daripada pihak KPT- 20 Nov 2012)