KUALA LUMPUR – Rundingan Meja Bulat Mahasiswa Nasional anjuran Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Pemuda UMNO berjaya menggariskan satu resolusi bagi membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, resolusi yang bertujuan menambah baik sistem PTPTN itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata, melalui perbincangan dengan mahasiswa, isunya bukan untuk memansuhkan hutang tetapi melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk meringankan beban peminjam.
“Antara kandungan resolusi adalah peminjam hanya perlu bayar semula apa yang dipinjam tanpa mengambil kira faedah dan kos pengurusan PTPTN yang bermakna menghapuskan faedah satu peratus yang ditawarkan.
“Faedah tersebut membuatkan ada peminjam yang masih lagi belum memasuki fasa menjelaskan hutang asal walaupun sudah berbulan-bulan membuat bayaran semula,” katanya selepas menghadiri majlis penutup rundingan tersebut di sini semalam.
Sumber dari : KOSMO online